Assalammualaikum ..
Hai semua ..
yeah ! ifa sekarang dah pun habis asasi ifa ..
can you imagine, rupanya dah 1 tahun dah ifa belajar ..
bermula dengan minggu MDS and sekarang ifa dah pun tamatkan pembelajaran ifa kat sana ..
but still ifa bimbang dengan masa depan ifa selepas ni .. adakah ifa still lagi jadi pelajar undang-undang or ifa akan sambung degree ifa dengan bidang yang jauh menyimpang dari apa yang ifa belajar sepanjang ifa asasi ni ..
ifa sangat berharap ifa dapat memenuhi segala impian mak and atok ifa ..
untuk melihat ifa berjaya bukannya melihat ifa gagal ..
hanya ALLAH sahaja mengetahui isi hati ifa sekarang ni ..
result muet and result U .. memang sangat penting dalam penilaian ifauntuk melayakkan diri ke fakulti Law ..
bukan tu je ..
ada lagi kesedihan yang ifa tanggung ..
tapi ..
ifa tak mampu nak tunjukkan kesedihan ifa tu ..
atok ifa ..
dia disahkan menghidap kanser usus ..
boleh tak bayangkan apa yang ifa rase mase ni ..
dengan keputusan anak-anak dia untuk membawa dia tinggal di KL ..
itu bermakna ifa akan tinggal bersama mak ifa ..
seperti mana yang kamu semua tahu .. ifa tak pernah sekali pun tinggal dengan mak ifa selepas dia berkahwin ..
pastinya ifa akan merasa janggal dengan keadaan ni ..
tak guna juga ifa untuk terus berfikir ..
itu semua suratan takdir ALLAH ..
ifa hanya mampu menempuhi jalan and takdir yang telah ALLAH tentukan sejak azali lagi ..
ifa harap ..
semua akan lancar ..
ifa tak mahu melalui saat-saat sukar dalam hidup ifa ..
mungkin kelihatan ifa seakan pasrah ..
tapi itu lah ifa sekarang ..
sebab ifa tak mampu untuk membebankan fikiran ifa untuk masalah yang sememangnya ifa tak mampu nak selesaikan ..
sesungguhnya terlalu panjang lagi perjalanan hidup ifa yang harus ifa tempuh sebelum ifa sampai ke tahap yang ifa perlu untuk memikirkan semua itu ..
semoga ALLAH memberikan ifa yang terbaik untuk ifa ..
hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk ifa ..
amin ya rabbal alamin ...
No comments:
Post a Comment