"JiKa ALLAH SayAnG KePaDa sEsEoRaNg, dIa aKaN bErIkAn iMaN JiKa ALLAH SaYaNg lAgI, dIa aKaN BeRiKaN KeKuAtAn uNtUk mEnGamAlKaN aGaMaNYA dEnGaN SeMpUrnA . dAn JiKa ALLAH sAyAnG LagI, dIa aKaN SuSaHkAn HaMbANYA dEnGaN UrUsAn DuNIaNyA, UntUk mEnGuJI sEjAuH MaNaKaH IMaN DaN kEcINtAaN hAmBaNYA kEpAdANYA ..""

Tuesday, April 30, 2013

:: #Tapi Bukan Dia ..::

Assalammualaikum ..

tajuk entry tu agak pelik dan macam tergantung kan?
yerp ! .. memang sengaja ifa buat orang tertanya-tanya ..
apa yang #tapi bukan dia ..
siapa dia tu?

DIA ..
dia insan yang fa pernah sayang ..
dia bukan sekadar seorang insan tapi semua insan yang pernah ifa sayang ..
ifa tak nafikan yang ifa bukan jenis perempuan yang hanya mempunyai seorang lelaki dalam hidupnya ..
ifa akui kesilapan ifa tu ..
ifa sepatutnya memberikan cinta ifa untuk yang termaktub haknya kepada ifa ..
yang halal ke atas ifa ..
tapi apakan daya ..
ifa juga manusia ..
mempunyai hati, perasaan dan nafsu yang ifa tak dapat hindar ..

ifa juga akui ..
 ifa masih lagi teringat insan-insan yang pernah hadir dalam hidup ifa walaupun seketika ..
melalui laman sosial ifa sentiasa mengetahui perkembangan mereka ..
nampak seakan ifa ni jenis yang tak malu bukan?
terserah pada orang untuk menilai siapa diri ifa ..
yang ifa sangat pasti ..
ifa tak dapat melupakan mereka ..
kerana ..
mereka pernah meninggalkan kenangan pahit dan manis bersama ifa yang ifa sangat ingat hingga kini ..
mereka semua bahagia disamping yang mereka sayang ..
bebeza dari ifa ..
masih mencari cinta manusia ..
sedangakan ada cinta ALLAH yang maha agung dan terbukti kekal sehingga ke akhirat ..
itulah kelemahan ifa ..
ifa terlalu taksub dengan yang dipanggil #CINTA ..
sedangkan cinta itu bukanlah satu perkara yang penting bukan?
memang sekarang ifa still ada lagi pasangan ..
tapi ada seperti tiada ..
jelas lagi terang bahawa ALLAH itu tidak merestui kami ..
ifa nekad untuk mengejar cinta ALLAH .. 
ini bukan sekadar kata-kata dari mulut tetapi kata-kata yang lahir dari hati ifa yang seikhlasnya ..
moga ALLAH merestui ifa kali ini ..
amin ya rabbal al-alamin ..

::Hai You All .. I'm Home (^_^)::

Assalammualaikum ..

Hai semua .. 
yeah ! ifa sekarang dah pun habis asasi ifa ..
can you imagine, rupanya dah 1 tahun dah ifa belajar ..
bermula dengan minggu MDS and sekarang ifa dah pun tamatkan pembelajaran ifa kat sana ..
but still ifa bimbang dengan masa depan ifa selepas ni .. adakah ifa still lagi jadi pelajar undang-undang or ifa akan sambung degree ifa dengan bidang yang jauh menyimpang dari apa yang ifa belajar sepanjang ifa asasi ni ..





ifa sangat berharap ifa dapat memenuhi segala impian mak and atok ifa ..
untuk melihat ifa berjaya bukannya melihat ifa gagal ..

hanya ALLAH sahaja mengetahui isi hati ifa sekarang ni ..
result muet and result U .. memang sangat penting dalam penilaian ifauntuk melayakkan diri ke fakulti Law ..

bukan tu je ..
ada lagi kesedihan yang ifa tanggung ..
tapi ..
ifa tak mampu nak tunjukkan kesedihan ifa tu ..
atok ifa ..
dia disahkan menghidap kanser usus ..
boleh tak bayangkan apa yang ifa rase mase ni .. 
dengan keputusan anak-anak dia untuk membawa dia tinggal di KL ..
itu bermakna ifa akan tinggal bersama mak ifa ..

seperti mana yang kamu semua tahu .. ifa tak pernah sekali pun tinggal dengan mak ifa selepas dia berkahwin ..
pastinya ifa akan merasa janggal dengan keadaan ni ..
tak guna juga ifa untuk terus berfikir ..
itu semua suratan takdir ALLAH ..
ifa hanya mampu menempuhi jalan and takdir yang telah ALLAH tentukan sejak azali lagi ..

ifa harap ..
semua akan lancar ..
ifa tak mahu melalui saat-saat sukar dalam hidup ifa ..
mungkin kelihatan ifa seakan pasrah ..
tapi itu lah ifa sekarang ..
sebab ifa tak mampu untuk membebankan fikiran ifa untuk masalah yang sememangnya ifa tak mampu nak selesaikan ..
sesungguhnya terlalu panjang lagi perjalanan hidup ifa yang harus ifa tempuh sebelum ifa sampai ke tahap yang ifa perlu untuk memikirkan semua itu ..

semoga ALLAH memberikan ifa yang terbaik untuk ifa .. 
hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk ifa .. 
amin ya rabbal alamin ...