"JiKa ALLAH SayAnG KePaDa sEsEoRaNg, dIa aKaN bErIkAn iMaN JiKa ALLAH SaYaNg lAgI, dIa aKaN BeRiKaN KeKuAtAn uNtUk mEnGamAlKaN aGaMaNYA dEnGaN SeMpUrnA . dAn JiKa ALLAH sAyAnG LagI, dIa aKaN SuSaHkAn HaMbANYA dEnGaN UrUsAn DuNIaNyA, UntUk mEnGuJI sEjAuH MaNaKaH IMaN DaN kEcINtAaN hAmBaNYA kEpAdANYA ..""

Monday, May 20, 2013

:: bertindak mengikut iman ::

Assalammualaikum .. 

Hai semua .. 
I'm coming home ..
nampak macam happy je kan ..
padahal dah macam-macam yang ifa dah rase dalam 2 minggu kebelakangan ni ..
sedih tu memang sahabat ifa la kan ..
tapi ape nak buat ..
itu jalan hidup ifa ..
macam korang semua jugak kan?
#walaupun ade je yang sentiasa yang happy je hidupnya ..
*alhamdullilah la kalau ada yang merasa hidupnya macam tu ..
so try la make your life completely happy ..

hey ! 
pwettt !! kat sini ad driver baru la .. freshy la ni kan ..
yeah !! that's me ok ..
i got a license ..
lastly ok .. even kene repeat .. huhu ..
tapi tak boleh bla laa ngan apa yang JPJ tu kate ..
dia kate kan korang .. 

"macam mana la saya nak luluskan kamo kalau kamo tu masam je mukanya .. sombong pulak tu .. cuba senyum sikit " 

alahaiiii ~ 
sape tak kenal ifa ni .. 
ifa ni memang kirim salam jela nak nampak ifa ni senyum .. 
tak silap hari bulan .. boleh dikira dengan tangan la bape banyak je ifa ni senyum and bercakap ..

well that's me ..
#psst : ape je nak wat jika tu sifat semula jadi kita kan?
and peduli ape fa .. 
huhu ..

ade jugak yang menyedihkan ifa ..
kengkawan !!
ifa tak dapat sambung LAW ..
argh !! sedihnye ..
bertimpa-timpa sedih ifa kali ni ..
ifa only get BAND 2 ..
tapi sabar jelaa ..

*so pembaca-pembaca semua jangan pandang remeh ye pada MUET .. try your best ..
usaha ..
chaiyok !!!

 
another story mory ..
hari tu atok ifa kene pergi hospital ..
so ifa kene la tidur kat umah mak ..
itu ifa tak kisah tapi ifa tak biasa ..
perasaan rindu kat umah atok ni memang semulajadi dah ade ..
hurmm ..
so berlakulaa perbalahan ..
haishh ..~
tak dapat nak gambar la perasaan ifa malam tu ..
rase macam nak lari dari hidup ifa sekarang ni ..
rase macam nak je kahwin cepat so terus ikut suami ..
haha !!
itu memang tak mungkin .. siapa je nak kan ifa ni ..
and ingat kahwin ni senang ke kerjenye ..
haishhh ~
ini la budak muda yang fikir nak senang je tanpe fikir jauh akan mase depan ..
#moral of the story
*wahai pembaca - pembaca semua tak kira la berapa susahnya kehidupan kita, ingat ALLAH sudah tetapkan segalanya .. jangan membuat keputusan yang terburu-buru ..


ok laaa ~
see you all again ..

XOXO 


ASSALAMMUALAIKUM .. 
muahhhh~

Friday, May 3, 2013

:: patah semangat ::

assalammualaikum ..
 
entahlaa ..
tak tahu nak gambarkan ape rasenye sekarang ..
takut? kecewa? or anything else ..
 result MUET dah nak keluar but still tak tahu mampu ke ifa capai requirement tu ..
#BAND 4 .. yang dulu ifa dapat #BAND 1 je .. 
ada kemungkinan ke untuk dapat #BAND 4? 
mampu ke ifa dapat .. subhanaALLAH ..
kuatkah ifa nak tempuhi kegagalan lagi seperti waktu dulu ..
apa agaknya yang akan ifa belajar nanti ..
ada lagikah masa depan untuk ifa ,.
 
 
 
Result UiTM ..
ni pun ifa takut jugak .. result yang lepas pun ifa just dapat result yang tak berapa nak kukuh ..
takutnya ifa .. tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata ..
sesungguhnya ALLAH sahaja maha mengetahui semua ini ..
Ya ALLAH .. Kau permudahkanlaa perjalanan ifa ..
ini sahaja yang mampu merubah masa depan ifa yang seakan nampak gelap ..
masih adakah lagi peluang ifa untuk mendapatkan masa depan yang cerah
rasa bagaikan nak menangis ..
tapi apakan daya .. 
itu usaha and apa yang ifa buat and bukan orang lain yang buat ..
 
 
test JPJ ..
ni pun hari yang sama dengan keputusan UiTM tu ..
entahlaa ..
speechless ..
ok laa .. tak tahu nak cakap lagi .. rase nak nangis dah ni ..
ok laa ..
assalammualaikum ..    
 
               

Thursday, May 2, 2013

:: Ujian ALLAH ::

assalammualaikum ..
Ujian ALLAH semua tu .. 
yelaa ..
ada ke patut ifa gagal JPJ tadi ..
pergh! geram gile ..
JPJ tu test la dulu baru la tahu mana kesalahannya ..
baru je turun bukit dh kne patah balik ..
cam ape entah ..
haishh ! sabar la wahai hati ~
hope nanti bila ulang balik .. 
ok la hendaknya ..
dah la repeat 9th MAY ..
result UiTM pun keluar mase tu ..
Ya ALLAH! takutnye .. 
takut nanti, lulus JPJ and tak past lak UiTM nya result ..
alahai .. .. tolonglaa ..
tu masa depan ifa tu .. yang lesen ni pulak tu duit mak tu ..
membazir je kalau kena ulang lagi .. 
SUBHANALLAH !
sabar sajelaa .. ape pun terjadi tu qada' and qadar ALLAH ..
ifa dah usaha jadi apa-apa pun ALLAH akan bagi mengikut peringkat usaha kita ..
erm .. tu jela ..                

Tuesday, April 30, 2013

:: #Tapi Bukan Dia ..::

Assalammualaikum ..

tajuk entry tu agak pelik dan macam tergantung kan?
yerp ! .. memang sengaja ifa buat orang tertanya-tanya ..
apa yang #tapi bukan dia ..
siapa dia tu?

DIA ..
dia insan yang fa pernah sayang ..
dia bukan sekadar seorang insan tapi semua insan yang pernah ifa sayang ..
ifa tak nafikan yang ifa bukan jenis perempuan yang hanya mempunyai seorang lelaki dalam hidupnya ..
ifa akui kesilapan ifa tu ..
ifa sepatutnya memberikan cinta ifa untuk yang termaktub haknya kepada ifa ..
yang halal ke atas ifa ..
tapi apakan daya ..
ifa juga manusia ..
mempunyai hati, perasaan dan nafsu yang ifa tak dapat hindar ..

ifa juga akui ..
 ifa masih lagi teringat insan-insan yang pernah hadir dalam hidup ifa walaupun seketika ..
melalui laman sosial ifa sentiasa mengetahui perkembangan mereka ..
nampak seakan ifa ni jenis yang tak malu bukan?
terserah pada orang untuk menilai siapa diri ifa ..
yang ifa sangat pasti ..
ifa tak dapat melupakan mereka ..
kerana ..
mereka pernah meninggalkan kenangan pahit dan manis bersama ifa yang ifa sangat ingat hingga kini ..
mereka semua bahagia disamping yang mereka sayang ..
bebeza dari ifa ..
masih mencari cinta manusia ..
sedangakan ada cinta ALLAH yang maha agung dan terbukti kekal sehingga ke akhirat ..
itulah kelemahan ifa ..
ifa terlalu taksub dengan yang dipanggil #CINTA ..
sedangkan cinta itu bukanlah satu perkara yang penting bukan?
memang sekarang ifa still ada lagi pasangan ..
tapi ada seperti tiada ..
jelas lagi terang bahawa ALLAH itu tidak merestui kami ..
ifa nekad untuk mengejar cinta ALLAH .. 
ini bukan sekadar kata-kata dari mulut tetapi kata-kata yang lahir dari hati ifa yang seikhlasnya ..
moga ALLAH merestui ifa kali ini ..
amin ya rabbal al-alamin ..

::Hai You All .. I'm Home (^_^)::

Assalammualaikum ..

Hai semua .. 
yeah ! ifa sekarang dah pun habis asasi ifa ..
can you imagine, rupanya dah 1 tahun dah ifa belajar ..
bermula dengan minggu MDS and sekarang ifa dah pun tamatkan pembelajaran ifa kat sana ..
but still ifa bimbang dengan masa depan ifa selepas ni .. adakah ifa still lagi jadi pelajar undang-undang or ifa akan sambung degree ifa dengan bidang yang jauh menyimpang dari apa yang ifa belajar sepanjang ifa asasi ni ..





ifa sangat berharap ifa dapat memenuhi segala impian mak and atok ifa ..
untuk melihat ifa berjaya bukannya melihat ifa gagal ..

hanya ALLAH sahaja mengetahui isi hati ifa sekarang ni ..
result muet and result U .. memang sangat penting dalam penilaian ifauntuk melayakkan diri ke fakulti Law ..

bukan tu je ..
ada lagi kesedihan yang ifa tanggung ..
tapi ..
ifa tak mampu nak tunjukkan kesedihan ifa tu ..
atok ifa ..
dia disahkan menghidap kanser usus ..
boleh tak bayangkan apa yang ifa rase mase ni .. 
dengan keputusan anak-anak dia untuk membawa dia tinggal di KL ..
itu bermakna ifa akan tinggal bersama mak ifa ..

seperti mana yang kamu semua tahu .. ifa tak pernah sekali pun tinggal dengan mak ifa selepas dia berkahwin ..
pastinya ifa akan merasa janggal dengan keadaan ni ..
tak guna juga ifa untuk terus berfikir ..
itu semua suratan takdir ALLAH ..
ifa hanya mampu menempuhi jalan and takdir yang telah ALLAH tentukan sejak azali lagi ..

ifa harap ..
semua akan lancar ..
ifa tak mahu melalui saat-saat sukar dalam hidup ifa ..
mungkin kelihatan ifa seakan pasrah ..
tapi itu lah ifa sekarang ..
sebab ifa tak mampu untuk membebankan fikiran ifa untuk masalah yang sememangnya ifa tak mampu nak selesaikan ..
sesungguhnya terlalu panjang lagi perjalanan hidup ifa yang harus ifa tempuh sebelum ifa sampai ke tahap yang ifa perlu untuk memikirkan semua itu ..

semoga ALLAH memberikan ifa yang terbaik untuk ifa .. 
hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk ifa .. 
amin ya rabbal alamin ...